- - Md Nor B. Yaacob.
- - Meninggal pada 15 Disember 2005. Sekarang dah 9 tahun ayah tinggal kami sekeluarga. Yang tak boleh lupa ayah pergi sebelum dua hari lagi kite nak register diploma kat UiTM. Satu benda yang kita ingat sehingga kini di mana ayah nak tengok kite belajar sekurang-kurangnya dapat degree. Alhamdulillah kite dah tunaikan permintaan ayah walaupun ayah tak dapat lihat kite konvokesyen. Sebagai anak kite tak putus berdoa agar ayah ditempatkan di kalangan orang beriman. Kite adik beradik akan menjaga dan membahagiakan emak dunia akhirat macamana ayah pernah menjaga emak satu ketika dahulu.
Emak
- - Che Wa Bt Abdullah
- - Sekarang umur emak sudah 58 tahun tapi maintain muda. Masa ayah masih hidup kite tengok emak tak pernah lupa tanggungjawabnya dekat ayah. Bukan jer pandai masak apa yang ayah suruh, tapi tak pernah lawan cakap ayah. Jika satu hari nanti kite berkahwin, kite harap kite dapat buat macam itu dekat suami kite juga sehingga hujung nyawanya. Emak adalah idola saya!
Along
- - Norwani Md Nor
- - Seorang kakak yang sangat baik dan sangat bertanggungjawab dekat adik-adiknya. Rajin mengemas dan penuh dengan kasih sayang dalam mendidik anak dan anak buahnya.
Angah
- - Norwana Md Nor
- - Sangat garang dan boleh digelar sebagai singa. Semua adik beradik takut dengannya. Dulu masa kecil puas kena pukul dengannya..hahahah
Kak
Lang
- - Norlilawati Md Nor
- - Slow motion tapi bab masak dia xslow. Selalu balik kg dia kena masak sebab dia mang rajin bab turun dapur ni. Selalu juga kena bahan dia ni sebab terlalu slow..hahahah
Kak
Tih
- - Norlailie Md Nor
- - Suka buat lawak dan jarang amek tau pasal benda-benda remeh ni. Masa kecil kite rapat dengan dia, mana-mana dia pergi mesti kite ikut..huhuuu sampaikan first time kite masuk UiTM, saya paksa dia hantar..hahahah . Seorang yang penyayang sebab anak buah semua dia jaga dan boleh kata dia ni mama asuhan
Abg
Pok
- Mohd Nazari Md Nor
- Tak banyak cakap tapi sekali dah marah kecut perut dibuatnya..Dia jenis abang yang banyak mengalah dekat adik-adik, dan kalau ada masalah dia lebih suka share dengan emak..
Abg
Ecam
- - Mohd Nizam Md Nor
- - Dulu dia panas baran sekarang dah boleh control.. Garang dengan adik beradik tapi dengan isteri dan anak kecut sikit..hahahah Kalau adik beradik perempuan dia dipermainkan dengan lelaki, memang nahas lelaki tu dia cari..
Abg
Mamat
- - Mohd Fauzie Md Nor
- - Boleh dibawa bergurau dan kalau dia mara sikit pun tak takut. Zaman study lu dialah merupakan bank bergerak kita untuk bayar duit sewa rumah dan bagi duit belanja.. Hahaha mintak je dapat.. Itu dulu, sekarang memang tak la..
Kak Ida
- - Norwahida Md Nor
- - Minah ligat dia ni, cakap je nak pergi mana, semua dia tahu. Tak padan dengan badan kecik. Dia memang berani dan banyak mulut. Sebab itu ramai orang tua kat kampong tu suka dengan dia dan ramai jugalah yang nak masuk minang dia ni..hahahah
Kak
Lin
- - Norzalini Md Nor
- - Satu kepala dengan kita. Zaman muda dia selalu buat perangai dengan dia. Walaupun dah ada anak seorang, tetap juga nak ikut kitorang adik beradik yang single ni berjalan.. Banyak rahsia kite berdua simpan tapi kadang-kadang terbocor gak..hahaha
Dik
Fai
- - Norfairuza Md Nor
- - Adik perempuan kite ni ada angin juga. Tapi kalu mood dia tak baik, kite pun malas layan.. Mulut laser tak ingat.. Tapi dia baik dan cukup setia dengan bf dia.. dan tak main skandal-skandal ni. perghh hebat
Aboy
- - Mohd Firhan Syafiq
- - Walaupun lelaki tetapi manja. Sebagai adik untung dia, mintak apa semua dapat. Dulu dia degil sekarang makin besar dah pandai dengar cakaplah.. Yang penting dia tahu beza mana yang baik dan buruk..
My
Heart Says:
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada
kami daripada pasangan-pasangan hidup kami dan zuriat-zuriat kami apa saja yang
menyejukkan mata kami. Dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang
bertaqwa.